suria

Bosan makan roti canai? Jom cuba lempeng kelapa pula

Roti kelapa bukan sahaja enak dimakan bersama kari dan sambal tetapi juga gula.

SETIAP hari roti canai pasti menjadi pilihan untuk bersarapan. Sekali-sekala apa kata cuba pula lempeng kelapa yang tidak kurang enaknya apabila di makan bersama kuah kari atau pun sambal.

Bahan-bahannya;

250g kelapa parut

200g tepung serbaguna

1/2 sudu makan garam

1 sudu makan gula

1 biji telur

100ml santan

150ml air

Majerin dan minyak untuk memasak

Cara-caranya;

Gabungkan kelapa parut, tepung, garam dan gula dalam mangkuk.

Dalam mangkuk yang lain pukul telur, santan dan air sehingga sebati sebelum mencampurkan semua bahan kering.

Jika adunan pekat, tambah air mengikut kesesuaian dan biarkan adunan selama 10 minit.

Panaskan kuali dengan memasukkan satu sudu majerin dan 1/2 sudu minyak dan biarkan ia panas seketika.

Kemudian masukkan adunan itu tadi ke bahagian tengah kuali dan gunakan senduk bulat untuk meratakan adunan itu sehingga menjadi bentuk bulat.

Masak selama dua minit sebelum lempeng itu diterbalikkan untuk tempoh sama dan angkat untuk dihidangkan.

Ia boleh dimakan bersama kuah kari, sambal atau pun gula. - KUALI

Resepi, Roti Kelapa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain