suria

Lemak berkrim... Itulah puding kelapa bersama jagung

Puding kelapa bersama jagung enak dijadikan sebagai pencuci mulut. Foto KUALI

BERSEMPENA cuti sekolah ini apa kata cuba masak pencuci mulut Puding Kelapa bersama Jagung yang pastinya akan menjadi kegemaran anak-anak sambil bersantai menonton televisyen.

Bukan sahaja mudah disediakan malah rasanya yang enak, lemak dan berkrim pasti akan menjadi rebutan.

Bahan-bahannya:

75g tepung jagung

100g gula

1biji telur

150ml santan sawit

150ml susu

300ml air

1/2tin krim jagung

1tsp garam

1/2tsp perisa vanila

Cara-cara membuatnya:

Sediakan lapan acuan 125ml berserta kuali panggang.

Masukkan tepung jagung dan gula dalam periuk dan satukan kedua-dua bahan itu.

Gunakan periuk yang lain untuk memukul telur bersama santan sawit, susu dan air. Setelah itu, campurkan adunan itu ke dalam tepung jagung dan gula dan pukul rata.

Masukkan krim jagung dan garam secukup rasa.

Kemudiannya, masak adunan itu di atas api sederhana, kacau perlahan sehingga campuran itu kelihatan berkilat dan bertekstur tebal sebelum menambah perisa vanila dan tutup api.

Adunan itu kemudiannya dicedok ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidangkan. - KUALI

Puding, Kelapa, Jagung, Resepi, Selera

Artikel Lain