DENGAN cuaca panas di Malaysia apa kata 'sejukkan' diri anda dengan aiskrim laici dan pic yang dibuat sendiri?
Ini bahan-bahannya:
150 ml sirap laici
80 ml sirap pic
1 sudu makan jus lemon
4 biji strawberi dipotong
1 biji kiwi dipotong
2 biji pic dalam tin dipotong
3 biji laici tin dipotong
Sedikit garam
Cara-cara membuatnya:
Campurkan sirap laici, pic dan jus lemon serta garam dalam jug. Kacau sehingga semua bahan sebati.
Susun buah-buahan yang telah dipotong dalam bekas aiskrim dan tuangkan sirap ke dalamnya.
Simpan aiskrim tersebut dalam ruang sejuk beku peti ais anda sehingga beku. - KUALI