suria

Suka Kimci? Apa kata cuba pula Sup Kima Kimci

Sup Kima Kimci cukup senang dibuat malah sangat lazat dimakan bersama nasi panas.

POPULARITI Kimci yang juga makanan ruji masyarakat di Korea nampaknya semakin menjadi-jadi malah ia sudah terkenal di seluruh dunia.

Biasanya Kimci dimakan bersama nasi atau ramen sebagai perasa tambahan namun ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk sup atau nasi goreng.

Penulis buku masakan berjudul Cook's Nook iaitu Amy Beh berkongsi resepi bersama portal Kuali iaitu Sup Kima Kimci. Lazat!

Bahan-bahannya:

350 gram Kima

200 gram kimchi dipotong dadu

1 sudu makan minyak masak

1 sudu serbuk cili

20 gram halia yang ditumbuk

500ml air

10 gram Suhuh (Glass Noodles)

1 batang daun bawang dipotong halus

1 sudu makan serbuk pati ayam

1/2 sudu makan lada sulah

Garam dan gula secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Bersihkan dan rendam kima dalam air selama 30 minit sebelum dicuci sekali lagi.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng serbuk cili dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan kima dan gaul menggunakan api besar.

Tuangkan air dan tambah kimci, glass noodles dan daun bawang sebelum diperasakan dengan serbuk pati ayam, garam dan gula. Siap!

Sup Kima Kimci, Resepi, Kuali, Amy Beh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain