suria

Rugi tak cuba Kerabu Lidah lembu... Memang terangkat!

Kerabu Lidah Lembu enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas. Foto KUALI

SEBUT sahaja lidah lembu pasti ramai yang berasa takut untuk mencubanya kerana merasakan ia bahagian pelik untuk dimakan.

Namun nanti dulu! Jika kena gayanya, lidah lembu sangat enak dan ia boleh menjadi makanan kegemaran anda selepas ini.

Paling mudah dan enak - Kerabu Lidah Lembu yang cukup enak dimakan bersama nasi panas atau diratah begitu sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kerabu Lidah Lembu adalah;

Serbuk kunyit

2 biji bawang merah yang ditumbuk

3 biji cili

30 gram udang kering

50 gram taugeh

20 gram belacan dibakar

1 tangkai daun laksa dicincang halus

1 batang serai dicincang halus

5 biji cili padi dipotong halus

3 biji limau kasturi

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Bersihkan lidah lembu dan potong nipis. Rebus sehingga daging menjadi lembut (proses ini boleh mengambil masa sehingga 3 jam).

Sesudah direbus, lumurkan lidah lembu tadi dengan garam dan serbuk kunyit sebelum dipanggang sehingga garing.

Tumbuk bawang merah, cili merah, belacan dan udang kering sehingga lumat.

Gaulkan semua bahan termasuk taugeh, serai dan daun laksa dalam mangkuk. Perasakan dengan garam, gula dan limau kasturi sebelum dihidangkan. - KUALI

Kerabu Lidah Lembu, Resepi, Kuali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain