KALAU 'melepak' di kedai mamak antara menu yang sering menjadi pilihan sudah tentu Ayam Tandoori bersama Roti Naan.
Pernah terfikir nak buat sendiri Ayam Tandoori di rumah? Jangan bimbang, kali ini mStar menampilkan cara mudah untuk menyediakan hidangan itu untuk dinikmati seisi keluarga. Memang terangkat!
Bahan-bahan untuk menyediakan Ayam Tandoori.
Bahan-bahan Ayam Tandoori;
500 gram ayam
Dua biji bawang besar
10 ulas bawang putih
Satu inci halia
Satu sudu makan serbuk garam Masala
Dua sudu makan serbuk cili
Dua sudu serbuk jintan putih
Dua sudu yogurt
Gula dan garam secukup rasa
Sebaiknya perap ayam bersama bahan yang dikisar semalaman sebelum dibakar dalam ketuhar.
Cara-cara membuatnya;
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan dua sudu serbuk cili, jintan putih, satu sudu garam masala serta garam dan gula secukupnya.
Bahan-bahan yang telah dikisar tadi kemudiannya dilumurkan di atas ayam sebelum masukkan dua sudu yogurt.
Sebaik-baiknya perapkan ayam bersama bahan kisar itu tadi semalaman sebelum dibakar.
Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit ke 1 jam dan siap!