suria

Enaknya puding roti karamel kegemaran ramai ini!

Fuh, terpikat tengok puding roti karamel ini..

SEKALI sekala membuat Puding Roti Karamel sebagai pencuci mulut apa salahnya kan..

Kebiasaannya ramai peniaga menjual puding popular ini di bazar Ramadan, jadi apa kata kali ini kita buat sendiri melalui resipi yang dikongsi oleh Leeza Lara.

Bahan-bahan:

4 keping roti 

4 biji telur gred B

3-4 sudu besar gula

1 tin susu cair

3/4 tin susu pekat

3/4 cawan air suam

1 sudu kecil esen vanila.

Cara-cara:

Masak gula sehingga bertukar warna perang.

Masukkan sedikit air,kacau sebati dan tutup api. Seterusnya tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.

Carik-carikkan roti kemudian sekalikan bersama susu cair, susu pekat dan air suam, kisar sampai sebati.

Sementara itu, pukul telur sehingga hancur dan tapis kemudian masukkan ke dalam adunan roti tersebut.

Masukkan esen vanila, kisar lagi sampai sebati. Tapis adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang siap ada gula karamel.

Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.

Apabila sudah masak, tutup api. Angkat adunan dan sejukkan terlebih dahulu.

Terbalikkan adunan ke dalam pinggan dan sejukkan dalam peti ais.

Artikel Lain