suria

Kari Nangka Udang... lagi sedap dimakan ketika panas-panas

Kari Nangka Udang sedap dimakan bersama nasi panas. - Foto YAP CHEE HONG

BILA sebut tentang Kari Nangka Udang, mulalah terbayang kelazatan menu kampung ini.

Sekali-sekala dihidang sebagai lauk tengah hari memang boleh buat selera 'terangkat'. Apa kata anda cuba resipi mudah ini daripada portal Kuali.

Bahan-bahan:

500 gram nangka dipotong sebesar 1 inci

3 cawan air

6 sudu teh minyak sayuran

5 daun limau

3 keping asam gelugor

1 cawan santan

600 gram udang saiz sederhana

Garam secukup rasa

(Untuk dikisar)

5 cili merah

8 bawang kecil atau 1 bawang merah

5 ulas bawang putih

3 batang serai yang dihiris halus

1 inci lengkuas

1 inci kunyit atau dua sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara:

Buang kulit nangka dan potong isi nangka sebesar 1 inci. Rebus nangka yang telah dipotong ke dalam tiga cawan air selama 20 minit untuk menghilangkan getahnya.

Buang kulit udang dan hempas udang beberapa kali di dalam mangkuk untuk menjadikan teksturnya lembut.

Rebus kulit udang dan kepalanya selama 30 minit untuk dijadikan stok. Asingkan 1 cawan air rebusan untuk dimasukkan ke dalam kuah kari.

Kisar cili, bawang merah, bawang putih, serai dan lengkuas.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.

Tambah santan, stok udang, daun limau dan asam sehingga menggelegak.

Masukkan nangka dan udang. Perlahankan api apabila masakan mula mendidih.

Masukkan garam secukup rasa dan hidang dengan nasi ketika masih panas.

Kari Nangka Udang, resipi

Artikel Lain