suria

Puding Koktel... segarnya tekak bila dapat hidangan sejuk ini

Sekali sekali buat puding koktel buah apa salahnya... Nikmatnya tak terkata!

BILA tibanya musim panas, lega rasanya tekak kalau dapat makan Puding Koktel yang sejuk!

Ingatkan susah, tapi rupanya senang sangat nak disediakan! Jom buat puding kegemaran ramai daripada perkongsian Facebook Zaky Mat Ali ini.

Bahan-bahan:

20 gram agar-agar bertali

1 tin susu cair

1 tin koktel buah-buahan

900 ml air

1 1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:

Panaskan air kemudian masukkan agar-agar sehingga larut.

Seterusnya masukkan gula pasir dan buah-buahan koktel.

Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.

Akhir sekali, tuang di dalam bekas dan sejukkan.

Puding Koktel, resipi, Syawal

Artikel Lain