suria

Sekali-sekala tukar selera, Laksa Sarawak... nyaman eh!

Jarang-jarang ada Laksa Sarawak bila ada rumah terbuka waktu Hari Raya, jom lah cuba resipi ini..

LAKSA Sarawak juadah yang terkenal berasal dari Bumi Kenyalang ini menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi jika dimakan bersama sambal udang kering... Nang nyaman Laksa Sarawak ya!

Bahan-bahan pes laksa sarawak : anggaran 200 gram

8 biji bawang merah*

4 ulas bawang putih*

10-12 tangkai cili kering*

1 inci lengkuas*

3 biji buah keras*

2-3 batang serai*

1 inci belacan bakar*

1 sudu kecil ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1/4 cawan kacang tanah (digoreng)

1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)

Sedikit garam

Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda*

Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda*

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga warna bertukar keperangan.

Tambah garam dan sedikit gula. Kacau sehingga rata.

Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Bahan-bahan untuk laksa sarawak: anggaran 6 orang makan

200 gram pes laksa sarawak

Isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)

1/2 kilogram udang basah

1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)

4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)

2 batang serai (diketuk)

200-250 ml santan pekat

Garam dan gula secukup rasa

Taugeh (dicelur)

Sedikit daun ketumbar (diracik)

Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Kek ikan (dihiris nipis)

Cara-cara:

Sediakan 2 liter air dalam periuk dan jerangkan.

Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai dan rebus hingga udang masak.

Seterusnya toskan udang dan pastikan air rebusan tadi jangan dibuang sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan (boleh tambah air jika perlu).

Masukkan santan dan perasakan dengan garam serta sedikit gula.

Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi.

Hidangkan panas-panas. Untuk lebih sedap, masukkan sedikit sambal udang kering.

Resipi Sambal Udang Kering

Bahan-bahan:

6 biji bawang merah (dikisar)

2 ulas bawang putih (dikisar)

sedikit belacan bakar (dikisar)

segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)

4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya

sedikit air asam jawa garam dan gula

Cara-cara : Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Kredit: Blog Dayang Jack

Laksa Sarawak, resipi, rumah terbuka

Artikel Lain