KEREPEK sebagai snek di hari raya apa salahnya... Antara kerepek yang popular di Malaysia ialah Rempeyek.
Resipi Rempeyek oleh Sazilawati ini dikongsi bersama pembaca. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 kilogram tepung beras
Tepung ubi 200 gram
Telur gred A 4 biji
*Bawang putih 2 labu
*Ikan bilis segenggam
*Cili api 10-15 biji
Daun Kari ( Dikisar kasar)
Ketumbar, jintan putih, jintan manis (dikisar kasar)
Garam & gula secukup rasa
Air kapur satu sudu besar
Kacang Tanah
Ikan bilis
Bahan- bahan bertanda (*) dikisar halus
Cara-cara:
Satukan tepung beras dan tepung ubi. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
Masukkan telur, bahan-bahan yg dikisar, garam, sedikit gula dan air kapur. Bancuhan perlu dalam keadaan sederhana supaya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Untuk lebih mudah, dua kuali digunakan. Satu kuali untuk mencetak adunan dan apabila rempeyek sudah mula sedikit keras, masukkan ke dalam kuali lagi satu untuk menggoreng.