suria

Biskut Kelapa Ceri Creamy Crunchy... Panjang namanya tapi sekali makan pasti nak lagi

Menarik kalau cuba resipi biskut kelapa ceri creamy crunchy ni...

BAHAN asas yang mudah ada kalanya menghasilkan menu yang enak, tapi mungkin juga ia bergantung kepada air tangan si tukang masak.

Bagi yang mahu menghidangkan biskut raya untuk tetamu sepanjang lebaran ini, apa kata cuba resipi Biskut Kelapa Ceri Creamy Crunchy ini.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung ubi

1/4 cawan tepung jagung

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

*ayak semua bahan tepung di atas

2 cawan kelapa parut segar (disangai hingga kering dalam 10 minit - pastikan tidak hangus)

1 cawan gula halus

1 paket serbuk santan segera

3/4 cawan serbuk badam

250 gram butter

1 biji kuning telur

Hiasan:

Kuning telur untuk gris

ceri (dicincang)

kelapa kering

Cara-cara:

Masukkan bahan-bahan tepung yang telah diayak dalam bekas.

Masukkan kelapa parut, gula, serbuk santan , serbuk badam dan gaul secara rata.

Masukkan butter sedikit demi sedikit dan masukkan satu senduk dahulu kemudian uli sehingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan. Butter dimasukkan sedikit demi sedikit.

Kemudian terap menggunakan acuan yang disukai. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan potongan ceri dan taburan kelapa kering.

Panaskan ketuhar selama lima minit dan bakar pada suhu 160 selama lebih kurang 20 minit bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Selamat mencuba...

Kredit: Kak Chom via Resipi Biskut Raya 2019

Artikel Lain