suria

Lemang buluh dah biasa, Syawal kali ini jom cuba Lemang Periuk Kera pula!

Lemang Periuk Kera mudah caranya nak buat...

SELAIN lemang buluh tradisional yang menjadi kegemaran ramai, Lemang Periuk Kera kini popular untuk dihidangkan di pagi raya.

Jadi apa di tunggu lagi, pastikan lebaran tahun ini untuk mencabar diri bagi menghasilkan Lemang Periuk Kera untuk menjamu keluarga dan tetamu. 

Bahan-bahan:

50 biji periuk kera saiz kecil (dibuang mulutnya dan dibersihkan)

2 biji kelapa diparut dan diambil santannya anggaran 2 jug kecil (letak sedikit garam dalam santan)

1 kilogram beras pulut (direndam selama dua jam kemudian dibasuh sehingga bersih)

Cara-cara:

Masukkan beras pulut ke dalam periuk kera dan pastikan 1/2 daripada saiz periuk kera.

Kemudian masukkan santan 3/4 daripada periuk kera tersebut.

Akhir sekali, kukus selama satu jam dalam keadaan api yang perlahan.

Kredit: Facebook Roshima Ibrahim Shima

Lemang Periuk Kera, resipi, Syawal

Artikel Lain