BISKUT Cornflakes Madu popular kerana keranggupannya tambah pula dengan manis-manis madu.
Mudah sangat nak buat, kalau ajak anak-anak bantu ibu di dapur hasilkan cornflakes madu ini tambah menarik rasanya.
Perkongsian resipi mudah Cornflakes Madu daripada Facebook Hanna Yasmeen.
Bahan-bahan:
125 gram butter
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
5 sudu besar madu
Cara-cara:
Mula-mula cairkan bahan-bahan di atas, tutup api dan biar seketika.
Masukkan 250 gram cornflakes dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam paper cup dan hias.
Kemudian bakar pada suhu 170C-180C selama 10minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.