Biskut Badam Salju (Snow Almond) boleh jadi salah satu koleksi biskut raya anda tahun ini.
Dengan kerangupan biskut yang dah siap dibakar, tambah pula dengan rasa coklat pasti sedap, pasti tiada yang akan menolak untuk menjamahnya.
Berikut perkongsian resipi biskut Badam Salju daripada Yatie Memories untuk anda semua!
Bahan A
260 gram butter
150 gram gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gram serbuk badam
Bahan B
300 gram tepung gandum
50 gram tepung kastard
50 gram susu tepung
40 gram tepung jagung
Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit serbuk roti putih untuk menyalut.
Cara memasak:
Pukul bahan A hingga berkrim
Kemudian masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
Canai dan terap dengan acuan yg disukai.
Seterusnya, susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga ia masak.
Setelah bakar, sejukkan biskut atas redai.
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah dicairkan cara 'double boiler'.
Akhir sekali, golekkan biskut ke dalam serbuk roti (breadcrumb) dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.