SEPERTI yang kita tahu, oat sering menjadi hidangan waktu sarapan. Apa kata kali ini, kita gunakan resipi Biskut Oat ini daripada Facebook Himpunan Resepi Biskut Enak untuk menu sempena Aidilfitri tahun ini!
Bahan yang ringkas dan mudah tentunya dapat menjimatkan masa kalangan ibu dan wanita bekerjaya untuk menghasilkannya.
Bahan-bahan A:
150 gram mentega
150 gram lemak sayuran
200 gram gula halus
Bahan-bahan B:
100 gram tepung gandum
60 gram oat
80 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:
Satukan bahan A dan pukul sehingga kembang
Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A tadi. Gaul rata.
Kemudian uli sehingga menjadi doh.
Canai dan terapkan. Susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 20 minit.