suria

Lontong hidangan terbaik bangkit selera tetamu rumah terbuka

Betul betul memikat selera bila tengok kuah lodeh ini...

SETIAP kali bulan Syawal, ramai yang merancang nak buat rumah terbuka dan menu masakan kuah lodeh jarang-jarang dapat kita lihat.

Jadi apa kata kali ini sediakan kuah lodeh atau lontong untuk juadah rumah terbuka anda. Azie Kitchen menyediakan resipi kuah lodeh yang mudah dan sedap!

Bahan-bahan: 

1/4 biji kubis

1/4 biji sengkuang (potong panjang)

1 batang lobak merah (potong panjang)

6 batang kacang panjang

2 biji terung panjang

1 biji kentang (potong lapan bahagian)

2 keping fucuk (rendam dan potong kecil)

1 ikat soo hoon (rendam dan potong kecil)

1 keping tempe (potong dadu besar dan goreng)

2 keping tauhu (potong kecil dan goreng_

2 batang cili merah (dihiris)

2 batang serai (diketuk)

1 cawan udang hidup

2 kotak santan

Garam secukup rasa

Serbuk kunyit

Bahan kisar:

8 ulas bawang merah

1 inci kunyit hidup

2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:

Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.

Kemudian tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ia mendidih lagi.

Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.

Seterusnya masukkan santan dan kacau rata supaya ia tidak berketul. Masukkan pula udang serta sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.

Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Kuah terus dikacau selepas beberapa minit api ditutup.

Lontong, kuah lodeh, Syawal, resipi

Artikel Lain