PELBAGAI cara sebenarnya boleh dilakukan menggunakan mi segera dan bukan sahaja dimasak sebagai sup atau pun goreng. Jika sudah jemu makan mi segera dengan cara biasa apa kata cuba buat murtabak? Bukan sahaja sedap tetapi cukup senang dan ringkas untuk disediakan. Ini bahan-bahannya: 1 paket mi segera perisa kari 1/2 biji bawang merah Seulas bawang putih (hiris halus) Seinci Halia (hiris halus) 1 biji cili merah 2 biji telur 100 gram daging kisar Cara-cara membuatnya: Tumis daging kisar bersama bawang putih dan halia dan goreng sehingga separa masak. Rebuskan mi (seeloknya tidak terlalu lama bagi mengelakkan mi kembang, bagi mengekalkan tekstur mi yang kenyal) sebelum ditapis airnya. Pukul telur dalam mangkuk dan campurkan bersama bawang merah, cili, serta serbuk perasa mi segera (kurangkan kuantiti jika tidak mahu terlalu masin) dan gaul rata. Kemudian, masukkan mi yang telah direbus dan daging kisar yang siap ditumis dalam bancuhan telur tadi, sebelum digoreng menggunakan minyak secukupnya. Siap dan hidangkan.