suria

Menu sinonim bulan Muharam, jom cuba resepi ringkas bubur Asyura

Kebiasaannya, bubur asyura disediakan secara gotong royong.

MASUK sahaja bulan Muharam, pastinya masyarakat Islam di negara kita akan sibuk membuat hidangan yang dikenali sebagai bubur asyura.

Bubur asyura akan disediakan pada 10 Muharam, namun ia juga boleh disediakan pada hari lain.

Secara asasnya bahan bubur asyura adalah beras, kacang, sayur-sayuran dan sebagainya. 

Bagaimanapun, bubur asyura mempunyai pelbagai versi mengikut negeri. Ada yang menggunakan tepung, kekacang dan buah-buahan, jadi terpulang kepada anda mahu mencuba versi dari negeri mana. 

Resepi bubur Asyura yang menggunakan beras. 

Resipi berikut merupakan daripada buku masakan Marina Mustafa, Cooking Under Pressure. 

Bahan-bahan

1 biji bawang merah (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 inci halia (dikisar)

1/2 cawan beras (basuh dan bilas)

250gram daging lembu (dihiris)

Sedikit kacang panggang, kacang merah, barley, jagung, kacang kuda (direndam), kacang dhal (direndam)

Setengah batang karot, ubi kentang (dipotong dadu)

2 cawan air

1 sudu kerisik

Buah pelaga, kayu manis, bunga lawang

1 sudu serbuk kari

Cara-caranya

Tanak nasi bersama daging lembu dengan air dalam periuk besar sehinggalah nasi mulai mendidih.

Masukkan semua kacang, biji, kentang , karot ke dalam periuk dan biarkan terus mendidih.

Dalam kuali yang berasingan, panaskan 3 sudu minyak. Tumis kayu manis, ulas, buah pelaga dan bunga lawang.

Masukkan bawang, halia dan bawang putih ke dalam kuali. Kemudian tambah serbuk kari. Kacau hingga sedikit kering.

Tuangkan semua bahan yang ditumis ke dalam periuk dan kacau.

Masukkan kerisik dan santan. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Sedia dihidang. -KUALI

bubur asyura, hari asyura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain