suria

Tengah diet ke tu? Jom cuba resepi tofu kukus bersama udang dan sayuran!

Tofu kukus bersama udang dan sayuran bukan sahaja enak tetapi menyihatkan.

TIADA masa memasak? Jangan bimbang, apa kata cuba resepi tofu kukus bersama udang dan sayuran ini.

Ia bukan sahaja menyihatkan dan sesuai buat yang sedang berdiet malah ia cukup ringkas dan tak sampai 20 minit siap!

ARTIKEL BERKAITAN: Onde-onde ubi keledek bersaiz comel, enak dan menceriakan!

1 keping tofu

50gram Udang bersaiz kecil

2 keping cendawan kering (direndam dan dipotong halus)

1 sudu makan lobak merah yang dicincang

(Bahan perasa)

1 sudu makan minyak bijan

1/2 sudu makan garam

1/2 sudu makan gula

1/4 sudu makan lada sulah

1/4 sudu makan serbuk stok ayam

(Hiasan)

1 sudu makan cili merah (dipotong halus)

1 sudu makan bawang goreng

Cara-cara membuatnya:

Susunkan kepingan tofu di atas pinggan.

Taburkan udang, lobak merah dan cendawan di bahgian atas tofu.

Campurkan semua bahan perasa dan tuangkan ke atas tofu.

Kukus tofu itu dalam masa 7 ke 8 minit sehingga ia masak. Taburkan cili dan bawang goreng sebelum dihidangkan. - KUALI 

Kuali, Tofu, Resepi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain