KALAU pekena nasi kandar, ayam goreng mamak memang jadi pilihan bagi melengkapkan hidangan makanan tengah hari.
Ia mungkin hanya ayam goreng tetapi rempah ratus yang digunakan memang buat ketagih!
ARTIKEL BERKAITAN: Tengah diet ke tu? Jom cuba resepi tofu kukus bersama udang dan sayuran!
Tapi sebenarnya senang sangat nak buat ayam goreng mamak ni. Lepas ni hari-hari boleh buat sendiri.
Bahan-bahannya:
3 kilogram ayam yang dipotong
50 gram jus halia
100 gram jus bawang merah
50 gram jintan hitam
30 gram daun kari
150 gram cili hijau dipotong
3 biji telur
60 gram serbuk kunyit
30 gram serbut cili
50 gram serbuk kari daging
300 gram tepung jagung
150 gram tepung beras
Beberapa titis pewarna
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-cara membuatnya:
Campur kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Kemudian celupkan ayam dalam adunan itu sebelum diperap selama 3-4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
Biarkan perapan itu berehat selepas dikeluarkan daripada peti ais selama 30 minit sebelum menggoreng dalam minyak panas.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan kari! - KUALI