suria

Makaroni keju hidangan ringkas dan mengenyangkan!

Macaroni keju mudah disediakan.

MINGGU kedua musim cuti persekolahan pastinya memeningkan ibu 'si tukang masak' yang perlu menyediakan makanan harian untuk seisi keluarga.

Apa kata sesekali anda cuba menyediakan hidangan ringkas lagi mengenyangkan untuk anak-anak menjamu selera sebagai hidangan petang mereka.

Bukan sahaja jimat masa, resepi makaroni keju mudah disediakan. Lebih penting bahan-bahan penyediaan makaroni keju ini mudah didapati di semua pasar raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kata hidang ayam buttermilk untuk anak-anak di musim cuti sekolah ini 

Bahan-bahan: 

2 cawan makaroni 

2 sudu besar mentega 

2 sudu besar tepung gandum 

2 1/2 cawan susu segar 

4 keping keju cheddar 

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 

Sesekali bertukar selera mencuba resepi ringkas.

Sedikit garam

Cara-cara menyediakan makaroni keju : 

1.Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut (Ketepikan). 

2. Panaskan mentega. Masukkan tepung dan gaul rata dengan cepat. 

3.Masukkan susu segar. Kacau dan tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit garam. 

4.Masukkan keju satu per satu sambil kacau dengan laju supaya tidak berketul. 

5.Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata. 

Nota: 

Boleh tambah keju yang lain untuk lebih sedap mengikut citarasa masing-masing. 

Taburkan serbuk cili jika anda suka pedas.

Mac and cheese

Artikel Lain