SIAPA yang tak suka makan ayam goreng? Cukuplah seketul ayam goreng bersama nasi dan sambal belacan sudah cukup sedap! Biasanya, kalau malas ayam hanya dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit sebagai bahan perapan sebelum digoreng. Tapi apa kata cuba resepi ini, pasti anda tidak akan menyesal. Bahan-bahannya: 1 kg ayam dipotong 2 cawan minyak 2 tangkai daun kari 2 batang serai diketuk (bahan perapan ayam) 2 sudu makan serbuk kari daging 2 sudu makan serbuk kunyit 2 sudu makan sos ikan 2 sudu makan gula 1 sudu makan serbuk stok ayam 1/2 sudu makan lada sulah Air secukupnya Cara-cara membuatnya: Gaulkan ayam dengan kesemua bahan perapan ayam dalam mangkuk sehingga sebati. Biarkan selama beberapa jam. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daun kari dan serai sehingga naik bau dan ranggup sebelum diangkat. Gorengkan ayam menggunakan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan letak ke tepi untuk seketika. Goreng sekali lagi ayam dalam minyak panas sehingga masak. Hidangkan ayam dengan daun kari dan serai yang digoreng tadi. - KUALI