suria

Buat apa bayar mahal kalau boleh buat sendiri Caramel Frappuccino

Caramel Frappucino bukan sahaja enak tetapi mudah disediakan.

KALAU melepak di kafe memang enak dapat menghirup segelas Caramel Frappuccino sambil bergelak sakan dengan kawan-kawan.

Biasanya kafe terkenal menjual minuman Frappuccino dengan harga yang mahal sampai ada yang beli satu kongsi dua orang.

Tapi benda boleh buat sendiri, buat apa bayar mahal-mahal ya tak?

Jom cuba resepi ini... Mudah dan minumlah sepuasnya setiap hari!

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan susu rendah lemak

2 sudu makan gula

3/4 cawan kopi

1/2 cawan sos karamel

3/4 cawan krim putar

Ais batu secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan susu, kopi, sos karamel, gula dan ais ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga ia sebati.

2. Tuangkan ke dalam gelas sebelum lapiskan dengan krim putar pada bahagian atas selain sos karamel di atasnya dan sedia dihidangkan.

Artikel Lain