AYAM masak kicap antara menu yang selalu menjadi pilihan bagi si tukang masak. Lain orang lain caranya untuk menyediakan ayam masak kicap ini. Apa kata kali ini anda cuba resepi istimewa ayam masak kicap ini kerana terdapat bahan tambahan dalam masakan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Goreng ayam bukan sekadar lumur serbuk kunyit, ini cara betul! Bahan-bahan: Seekor ayam Sebiji bawang besar (dihiris) 3 biji bawang putih dan 3 bawang merah dan 4 biji cili padi (dikisar) Cili kisar 3 sudu (ikut tahap kepedasan) Seinci halia (dihiris) 2 biji lada besar (belah empat) Rempah 4 sekawan (kayu manis 1, biji pelaga 2, bunga lawang 1, cengkih 4) Sos cili 1 sudu besar Sos tomato - 2 sudu besar Kicap manis - 4 sudu besar Kicap pekat - 3 sudu besar Sos tiram - 2 sudu besar Daun kari (setangkai) Cara memasak: 1. Goreng ayam separuh masak 2. Selepas ayam diasingkan, tumis bawang merah dan putih bersama rempah 3. Masukkan halia dan biarkan hingga naik bau. 4. Masukkan cili giling, biarkan sehingga naik bau. Masukkan semua sos dan sedikit air. 5.Masukkan ayam, gaulkan sehingga sebati dan masukkan bawang besar dan daun kari dan cili besar. 6. Kacau sehingga sebati selama dua minit. Siap!