KERABU mangga atau timun pasti sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Malaysia tetapi pernah dengar kerabu tembikai? Yang pasti, ia adalah resepi patut dicuba. Bukan sahaja senang disediakan malah rasa manis dan pedas membuatkan anda akan lupakan kerabu mangga! ARTIKEL BERKAITAN: Pisang bukan sebarang pisang, sekali dimasak acar... enak sekali! Paling penting ia hanya menggunakan empat bahan sahaja untuk disediakan. Bahan-bahannya: 1/2 biji tembikai 10 tangkai cili kering 1 sudu makan belacan 8 ulas bawang merah Garam Cara-cara membuatnya: 1. Potong tembikai, cili kering dan bawang kepada bahagian kecil. 2. Campurkan semua bahan-bahan itu dalam mangkuk dan gaul rata. 3. Perasakan dengan belacan dan garam. Sedia untuk dihidangkan. - KUALI