suria

Hanya dengan 6 bahan, hidangan ketupat sotong paling lazat sedia dihidang !

Ketupat sotong sebagai mudah disediakan. Gambar hiasan Hazanis.

KETUPAT sotong mungkin kedenagran pelik, tetapi ia dianggap sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan  di waktu petang.

Hidangan ini lebih sinonim dengan masyarakat di Pantai Timur. Melihat daripada segi rupa, ianya kelihatan agak remeh untuk disediakan.

Namun sebenarnya ketupat sotong amat mudah disediakan. Ianya hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam masak kicap ‘meletop’ buat anda bertambah nasi

Jika sebelum ini sotong lebih sinonim dengan pelbagai masakan seperti goreng, bakar dan gulai. Apa kata kali ini anda mencuba resepi istimewa ini yang amat sesuai di makan seisi keluarga di hujung minggu.

Sotong yang telah dibersihkan disumbat dengan beras pulut.

Bahan-bahan:

Sotong (saiz sederhana)  6-10 ekor

Beras pulut - satu cawan

Santan  - satu setengah kotak kecil 

Garam - Sekucup rasa

Gula Melaka - 2 keping

Daun Pandan - tiga ikat

Cara-cara memasak

Bersihkan sotong dan asingkan kepalanya.

Bersihkan beras pulut dan selepas itu gaulkan dengan sedikit santan dan garam

Sotong dimasak dengan api yang kecil.

Seterusnya;

1. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sumbat kembali kepala sotong.

2. Kemudian cucuk dengan lidi pendek dibahagian kepala (jadikan lidi itu bersilang agar kepala sotong tidak tercabut)

3. Selepas itu, susun sotong yang telah siap disumbat beras pulut ke dalam periuk.

4. Letakkan daun pandan bersama susunan sotong itu.

5. Masukkan santan dan dicampur dengan air, sedikit garam.

6. Masukkan gula Melaka.

7.Gunakan api yang kecil, masak sehingga warna santan bertukar menjadi perang dan pekat. (Lebih kurang 20-25 minit)

Siap ! 

Artikel Lain