suria

Tengok terangkat ke tak dapat lempeng cicah kari!

Lempeng sedap dicicah bersama kari. - Foto Facebook MAS COTEK

KALAU orang zaman dulu, lempeng memang antara menu yang sering dihidangkan sebagai minum petang.

Nak pula kalau ada lebihan kari ikan yang dimasak semalam... Pergh! Memang cukup laju cicah dengan lempeng.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergh! Cencaru sumbat boleh buat tambah nasi dua pinggan

Cara membuat lempeng ni pun tak susah, guna tiga bahan jer! Jangan lupa cuba resepi seperti dikongsi oleh Mas Cotek di Facebook.

Lempeng enak juga dicicah bersama gula atau sambal ikan bilis. 

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum

3 cawan air

Garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Boleh juga gunakan pengisar makanan.

2. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak agar adunan tidak melekat.

3. Masukkan satu ke dua senduk adunan lempeng dan ratakan dalam kuali.

4. Masa kedua-dua bahagian sehingga garing dan sedia dihidangkan!

Lempeng, Resepi

Artikel Lain