suria

Laa! Tak susah pun rupa-rupanya nak buat sate... jom cuba

Sate bukan sahaja enak dimakan tetapi cukup mudah untuk dibuat.

SIAPA jer yang tak suka makan sate kan? Ia antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang biasanya dinikmati sebagai pembuka selera.

Tapi tak ramai yang tahu cara membuat sate dan selalunya kita hanya akan beli di kedai. Tahukah anda cara buat sate sebenarnya sangat mudah?

ARTIKEL BERKAITAN: Pergh! Cencaru sumbat boleh buat tambah nasi dua pinggan

Jika ada perancangan untuk buat barbeku hujung minggu ini, jangan lupa cuba buat sate sendiri.

Boleh cuba buat sendiri sate dirumah!

Bahan-bahannya:

300 gram isi ayam tanpa tulang dipotong dadu

1 bungkus lidi dan rendam di dalam air

(Bahan perapan)

1 batang serai

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji cili merah

1 inci halia

1 sudu makan garam

1/2 sudu makan buah pelaga

1 sudu makan jintan

1 sudu makan biji jintan manis

1 sudu makan serbuk ketumbar

3 sudu makan gula merah

2 sudu makan minyak sayur

1 sudu makan serbuk kunyit

Cara-cara membuatnya:

1. Kisarkan kesemua bahan perapan itu dalam pengisar. Tambah air jika perlu.

2. Gaulkan bahan kisar itu dengan ayam yang sudah dipotong dan perap selama sejam.

3. Cucuk ayam perap itu tadi ke lidi dan panggang menggunakan kuali pemanggang. Sapu minyak jika perlu.

4. Hidangkan bersama kuah kacang atau sos cili. - KUALI

Sate Ayam, Resepi, Kuali, Kuah Kacang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain