SIAPA suka makan tempe? Biasanya tempe di goreng atau dibuat masak sambal kering bersama ikan bilis namun tahukah anda ia juga boleh dijadikan nuget? Bukan sahaja menyihatkan malah pasti anak-anak anda akan menyukainya! Cara membuatnya pun cukup mudah. ARTIKEL BERKATAIN: Udang goreng mentega... menyelerakan dimakan ketika masih panas Selepas ini sudah boleh lupakan nuget segera yang tidak menyihatkan itu. Bahan-bahannya: 500 gram tempe 250 gram ayam cincang 150 gram serbuk roti 2 biji telur 100 gram lobak merah (dipotong dadu) 3 batang saderi (dicincang halus) (Bahan-bahan untuk dikisar) 7 ulas bawang putih 2 biji buah keras 1 sudu makan serbuk ketumbar 1/2 sudu serbuk makan jintan 1 sudu makan serbuk lada hitam Garam secukupnya (Bahan pencelup) 2 biji telur dan garam secukupnya Cara-cara membuatnya: 1. Kukus tempe dan ayam cincang selama 15 minit. 2. Lenyekkan tempe dan ayam sehingga sebati sebelum campurkan lobak merah, saderi berserta dua biji telur serta bahan-bahan yang dikisar. Gaulkan sehingga rata. 3. Tuangkan adunan itu dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus selama 20 minit. 4. Setelah siap dikukus, biarkan ia sejuk dan potong menjadi kiub. 5. Sebelum goreng celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Goreng sehingga keemasan dan sedia dihidangkan!