PELBAGAI masakan boleh disediakan dengan makanan laut seperti udang. Apa kata kali ini anda cuba masakan yang sedap dan mudah untuk dimakan seisi keluarga. Lebih enak jika dimakan panas-panas. ARTIKEL BERKAITAN: Selera bertambah dengan bilis cili goreng petai Bahan- bahan: 500gm udang harimau - siang, belah belakang, cuci bersih dan toskan 4 biji telur saiz kecil 1/2 cawan susu segar Daun ketumbar- hiris Daun kari 5 biji cili api - hiris Secubit garam Sedikit mentega Sedikit minyak masak Cara-cara: 1. Goreng udang hingga bertukar warna dan ketepikan. Pukul telur dengan susu segar, ketepikan 2. Lebihan minyak tadi tambahkan dengan mentega. 3. Bila mentega mencair dan panas, tumiskan cili api dan daun ketumbar. Jika mahu, boleh juga masukkan daun kari untuk bau yang lebih enak. 4. Masukkan udang, kacau sebati dan masukkan pula campuran telur dan susu. Kacau sebati. 5. Biarkan seketika di atas api. Angkat dan hidang!