suria

Kari kepala ikan ala-Thai sedapnya lain macam!

Kari Kepala Ikan Ala-Thai cukup menyelerakan.

KARI kepala ikan memang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita sehingga boleh buat 'gaduh' sebab nak berebut bahagian terbaik!

Tapi asyik makan kari yang sama bosan juga! Apa kata cuba resepi kari kepala ikan Thai seperti dikongsikan di portal Kuali. Memang mengancam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mi kicap mudah disediakan... sedap dan mengenyangkan!

Bahan-bahannya:

1 kepala ikan (sebaik-baiknya ikan kerapu)

300 gram keladi dipotong dadu

2 ketul tofu dipotong dadu

70 gram lobak merah dipotong

3 biji cendawan

2 helai kobis cina dipotong

3-4 biji cili padi

4-5 potong halia

2 helai daun bawang, dipotong

4 sudu makan minyak

Bahan (A)

2 sudu makan pes tom yam

1 sudu makan serbuk cili

1 sudu makan serbuk kari ikan

2 batang serai

3 helai daun limau purut

2 potong lengkuas

500 ml air

Bahan (B)

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan gula

Sedikit lada sulah

Sedikit halia cincang

Cara-cara membuatnya:

1. Bersihkan kepala ikan dan gaulkan dengan semua bahan-bahan (B) selama 30 minit.

2. Gorengkan ikan, keladi dan tofu sehingga kekuningan.

3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan (A) sehingga naik minyak dan bau.

4. Susunkan keladi dalam mangkuk claypot, masukkan kepala ikan, tofu, kobis cina, cendawan, cili, lobak merah dan halia. Kemudian tuangkan bahan-bahan tumis (A) dan air. Tutup periuk dengan penutup claypot.

5. Biarkan semua bahan-bahan itu mendidih selama 10 minit. Jika perlu, perasakan dengan garam dan hiaskan dengan daun bawang.

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia