suria

Apam Lenggang namanya... kalau tak dilenggang tak jadi!

Hidangan sedap dijamah ketika panas-panas sama ada ketika bersarapan, mahupun di waktu minum petang.

KALAU dapat makan panas-panas menu ini memang best, lebih-lebih lagi ada kuah kari untuk dicicah.

Musim disuruh duduk di rumah diam-diam ini, apa kata ajak anak-anak bersama-sama melenggang apom ini seperti yang dilakukan Cikgu Mahsuri Nasri dari Butterworth, Pulau Pinang.

Bahan-bahannya pun mudah sahaja, rasanya sememangnya ada stok di dapur masing-masing.

Bahan-bahan

1 cawan nasi sejuk

1 cawan air

3 biji telur

1 1/2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung beras

5 sudu gula

1 cawan santan

1 sudu besar yis

2 1/2 cawan air

secubit garam

1/2 sudu teh kunyit

Cara-caranya membuatnya;

1. Kisar nasi sejuk bersama air sampai halus. Ketepikan dahulu

2. Adun telur, tepung gandum, tepung beras, gula, santan, yis, air, garam dan serbuk kunyit. Lepas itu masukkan campuran nasi sejuk yand dikisar tadi ke dalam adunan.

3. Tapis adunan di atas ke dalam satu bekas. Biarkan antara 10 hingga 20 minit sebelum dilenggang.

Cara melenggang;

1. Panaskan kuali kecil dengan api kecil.

2. Sapu sedikit minyak dalam kuali.

3. Tuang empat senduk kecil (senduk bancuh teh/kopi) adunan ke dalam kuali.

4. Tutup kuali dgn tudung periuk.

5. Bila bahagian keliling apom dah garing, angkat apom letakkan atas pinggan leper.

6. Bila apom dah tak berapa panas, gulung apom dan letakkan dalam pinggan lain.

7. Ulang langkah 1 hingga 6 sampai adunan habis.

Selamat mencuba!

Apom Lenggang

Artikel Lain