suria

Puding roti marble 'normal baharu', pasti buat anda tak sabar berbuka puasa

Puding roti marbe kelihatan enak sebagai pencuci mulut.

JIKA sebelum ini, bazar Ramadan menjadi destinasi utama setiap hari membeli pelbagai pencuci mulut atau juadah utama.

Namun situasi itu hanya tinggal kenangan dengan perubahan ‘normal baharu’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.

Jadikan tempoh ini untuk anda menguji sentuhan air tangan sendiri dalam menyediakan pelbagai pencuci mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rempeyek dhal juadah ringan selepas tarawih bersama keluarga

Apa kata minggu ini anda cuba resepi puding roti marble yang sedap dengan gabungan warna yang menarik membuatkan tak sabar untuk menikmatinya bersama keluarga tersayang.

Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali (20g)

4 keping roti

2 biji telur

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan susu pekat manis

1 tin susu cair

2 sudu makan mentega

3'1/2 cawan air

Pewarna merah jambu

Serbuk koko/ cocoa emulco (nk pkai salah satupun boleh...nak pakai dua-dua pun boleh)



Adunan dituang secara berselang-seli mengikut warna.

Cara-cara membuat puding roti marble

  1. Bersihkan agar-agar, kemudian tos airnya.
  2. Rebus agar-aar, gula pasir bersama 3 cawan air...rebus sehingga agar-gar lembut dan cair.
  3. Kisar roti susu pekat manis, susu cair, 1/2 cawan air, telur (ketepikan dulu)
  4. Apabila agar-agar dah cair, masukan bahan-bahan kisar...gaul sehingga rata (dengan api sederhana) tunggu smpai mendidih...masukkan mentega dan gaul sehingga cair...padamkan api.
  5. Bahagikan kepada 3 adunan (bahagian)
  6. Ambil satu adunan...bubuh pewarna merah jambu
  7. Ambil lagi satu...bubuh koko (kalau guna serbuk koko pastikan bancuh dulu dgn 1 sudu kecil air suam...sebab tak mahu ketul-ketul)
  8. Adunan ketiga dibiarkan dengan warna asli
  9. Ambil loyang...bubuh satu senduk warna asli disusuli bubuh pula warna merah dan seterusnye warna coklat...buat secara berlapis-lapis sehingga bahan habis (jangan ambil masa terlalu lama)
  10. Selepas itu masukan ke dalam peti sejuk (selepas sejam puding sudah sedia di makan.

Selamat mencuba! Resepi dikongsi oleh Eytta Omar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mstar!

Puding, Agar-Agar, Roti, Mable

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia