NAMPAK macam rendang tapi bukan! Apa kata hujung minggu ini cuba resepi Ayam Portugis untuk dijamu kepada keluarga yang pulang ke kampung selepas PKP tamat. Bukan sahaja boleh makan dengan nasi panas tapi enak dicicah dengan ketupat, nasi impit dan lemang.Bahan-bahannya: Bahan perapan ayam 1/2 ekor ayam dipotong 12 Serbuk kunyit dan garam secukup rasa Bahan kisar 5 biji cili merah 5-7 biji cili padi 50 gram cili kering 4 biji bawang merah 6 ulas bawang putih 5 inci kunyit hidup 4 inci halia 6 biji buah keras Bahan tumis 1 biji bawang merah dipotong 250 ml santan 2 batang serai 3 keping asam keping Cili padi untuk hiaan Ayam Portugis enak dimakan bersama nasi impit atau ketupat. Cara-caranya: Perap ayam dengan kunyit dan garam sebelum ia digoreng. Gorengkan bawang dalam minyak panas dan selepas ia naik bau, masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Tambah santan, serai dan asam keping. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Didihkan selama 5-10 minit sehingga kuah menjadi pekat. Hiasakan dengan cili padi dan sedia dimakan bersama nasi atau ketupat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!