ALAH cekodok pisang jer... Orang yang tak biasa ke dapur pun boleh buat! Tapi nanti dulu, bukan semua orang boleh buat cekodok pisang yang rangup di luar dan lembut di dalam. Tersalah langkah, bukan sahaja cekodok pisang anda keras tetapi minyak melekat di bahagian luar.ARTIKEL BERKAITAN: Sedap buat pencuci mulut di pagi raya... Itulah Abuk-abuk Sagu Pandan! Apa rahsia cekodok pisang yang enak? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Facebook Mas Cotek. Perap adunan selama 30 minit rahsia cekodok pisang rangup dan lembut. Bahan-bahannya: 8 biji pisang emas dilenyek 3/4 cwn tepung gandum 3 sdb gula pasir 1/2 sdt soda bikarbonat secubit garam Cara-caranya: 1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. 2. Perap adunan itu tadi selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuan ia diperap terlebih dahulu supaya cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Itulah rahsianya. 3. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas. 4. Ingat, goreng dengan api sederhan sehingga masak dan siap dihidangkan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!