PELBAGAI juadah istimewa dimakan sejak sambutan 1 Syawal, Ahad lalu. Biarpun sambutan Aidilfitri tahun ini agak berbeza kerana tidak semua ahli keluarga dapat bersama, tetapi makanan tradisi tetap disediakan. Antaranya lemang, ketupat, nasi himpit, lontong dan pelbagai menu disediakan untuk dimakan bersama keluarga dan kawan-kawan terdekat.ARTIKEL BERKAITAN: Sedap buat pencuci mulut di pagi raya... Itulah Abuk-abuk Sagu Pandan! Biarpun tidak ada kunjungan tetamu 'mood' raya itu tetap membuak-buak dan paling penting setiap hari ada sahaja menu baharu untuk disediakan. Menjengah di laman sosial, tiba-tiba mata terpandang kek viral yang rata-rata netizen berkongsi resepi 'Kek Pishang Cekelat Cluster Kayangan' dari air tangan Rushdi Lazim. Antara bahan-bahan utama Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Foto kredit: Rushdi Lazim Apa kata dihujung minggu ini, anda boleh mencuba sendiri kesedapan kek kluster kayangan ini. Bahan-bahan: 4 biji pisang yang telah masak dan lebam 120 gram gula perang 115 gram mentega (dicairkan) 120 gram buttermilk (ambil setengah sudu susu segar bersama setengah sudu makan cuka) Perisa vanila Bahan-bahan kering 160 gram tepung gandum 25 gram serbuk koko Setengah sudu baking powder Setengah sudu garam 80 gram Belgian Callebout Choc 30 gram Walnut Sedikit coklat Belgian dan walnut untuk 'toping' Adunan dibakar dalam ketuhar selama 40-45 minit. Cara-cara membuat Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan Cairkan mentega serta lenyek pisang sampai lumat. Seterusnya masukkan gula perang dan mentega (yang sudah dicairkan). Kemudian masukkan bancuhan buttermilk, diikuti bahan-bahan kering termasuk coklat dan walnut. Kacau sehingga sebati. Seterusnya, masukkan ke dalam loyang dan taburkan lagi dengan belgian callebaut choc serta walnut. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 celcius lebih kurang 40-45 minit. Siap! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!