suria

Tak payah pakai mesin pengadun... Ini cara buat 'Sour Cream Chocolate Cake' untuk Aidilfitri

Sour Cream Chocolate Cake bukan sahaja mudah disediakan tetapi cukup enak dihidang di pagi hari raya.

BAGI memeriahkan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, apa kata cuba resepi yang dikongsi oleh Facebook Mas Cotek ini iaitu Sour Cream Chocolate Cake.

Daripada muram tidak dapat berhari raya di kampung, nescaya kek ini dapat menceriakan pagi raya anda!

ARTIKEL BERKAITAN: Lemak berkrim, cair di mulut... Puas makan dadih buat sendiri!

Paling penting nak buatnya pun mudah, tidak memerlukan mesin pengadun. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

225 gram mentega tanpa garam

40 gram serbuk koko

1 sudu teh garam

1 cawan air

220 gram tepung serbaguna

1 1/2 sudu teh serbuk penaik

390 gram gula

2 biji telur

1/2 cawan krim masam (boleh digantikan dengan plain yogurt)



Hanya menggunakan beberapa bahan, Sour Cream Chocolate Cake sedia dihidangkan di pagi Syawal.

Cara-caranya:

1. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, kemudian masukkan gula. Ketepikan.

2. Dalam periuk berasingan, satukan serbuk koko, mentega, garam dan air. Didihkan bahan-bahan itu dengan api perlahan sehingga mentega cari. Biarkan ia sejuk.

3. Masukkan adunan tepung dalam mentega dan gaul sebati. Kemudian masukkan 2 biji telur.

4. Masukkan pula krim masam atau yogurt dan esen vanila. Sebatikan adunan tersebut.

5. Bakar selama 40 minit dengan suhu 175 darjah celcius/api atas dan bawah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Resepi, Aidilfitri, Menu, Kek Cokelat

Artikel Lain