suria

Tak payah kukus... Senang bebenor buat lepat jagung

Lepat Jagung 3

LEPAT ubi atau pisang barangkali sudah biasa kita makan sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa namun tak ramai yang terfikir untuk menggunakan jagung membuat lepat.

Berbeza dengan lepat yang lain, lepat jagung bukan sahaja mudah dibuat tapi tak perlu dikukus pun!

ARTIKEL BERKAITAN: Belebat keledek gamit memori Ramadan

Bak kata Mas Cotek di Facebooknya yang berkongsi resepi ini, 'senang bebenor'! Kalau ada jagung di rumah tu, apa lagi jom la buat.



Bungkus adunan dalam daun pisang menambahkan aroma.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung jagung

2 sudu kecil tepung Hoen Kwe

3/4 cawan gula

5 1/2 cawan santan

1 cawan jagung (jagung dalam tin boleh juga digunakan)

3 sudu makan perasa jagung

1 sudu kecil garam

Daun pisang secukupnya untuk membungkus



Lepat jagung lebih enak jika disejukkan dalam peti ais terlebih dahulu.

Cara-caranya:

1. Satukan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan dan kacau sebati.

2. Masak adunan itu sehingga pekat dan berkilat menggunakan api kecil.

3. Cedokkan dua sudu adunan itu dan diletakkan di atas daun pisang dan bungkus ketika ia masih panas.

4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk dan sedia dihidangkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain