suria

Sedap buat pencuci mulut di pagi raya... Itulah Abuk-abuk Sagu Pandan!

Abuk-Abuk Sagu Pandan cukup enak dimakan sebagai pencuci mulut.

JIKA ada daun pisang lebih di rumah, apa kata cuba buat resepi Abuk-Abuk Sagu Pandan sebagai pencuci mulut di pagi Syawal.

Selain mudah dibuat, rasanya cukup enak dan lembut membuatkan pagi raya anda terasa lengkap! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Raya seorang diri di bandar? Jom cuba masak sendiri 5 juadah di pagi Syawal ini

Bahan-bahannya:

2 cawan sagu

1/2 biji kelapa parut

1 sudu teh garam

4 keping gula melaka

Daun pisang dilayur secukupnya



Cara membuat Abuk Abuk Sagu Pandan cukup mudah.

Cara-caranya:

1. Basuh sagu dan toskan airnya.

2. Cincang halus gula Melaka dan ketepikan.

3. Gaul sagu dengan kelapa parut dan garam.

4. Bentukkan daun pisang seperti kon

5. Masukkan dua sudu sagu ke dalam kelongsong daun pisang dan 1 sudu gula Melaka.

6. Masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong.

7. Lipat kemas daun pisang dan kukus selama 15 minit. Siap!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain