suria

Hidangan paling disukai ramai... Sambal Kentang Ikan Bilis boleh buat bertambah nasi

Sambal kentang ikan bilis memang menyelerakan.

BUNTU nak masak apa hari ini? Apa kata cuba masakan 'simple', namun boleh membuatkan anda bertambah nasi.

Jangan tidak percaya, sambal kentang ikan bilis ini memang antara menu kesukaan seisi keluarga biarpun banyak lagi lauk lain terhidang.

Gabungan rasa kentang dan bilis yang digaul dengan cili boleh membuatkan anda rasa puas menikmatinya dengan nasi atau bersama roti.

ARTIKEL BERKAITAN: Aroma minyak bijan buat mi sua goreng cukup istimewa!

Terlebih pedas, boleh buat kepala anda berpeluh!

Bahan-bahan

4-5 biji ubi kentang potong nipis, gaul kunyit garam, goreng dan ketepikan

Ikan bilis goreng dan ketepikan

1-2 biji limau kasturi

Bahan-bahan ditumbuk / dikisar

4-5 ulas bawang merah

5-6 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan anda)

2-3 biji cili padi merah

1 biji merah besar

(jangan kisar terlalu hancur)

Cara-cara memasak

1. Tumis bahan-bahan yang dikisar sampai naik minyak

2. Masukan sedikit garam atau perasa tambahan mengikut kesukaan anda

3. Apabila sudah cukup rasa, tutup api... biarkan sambal itu dalam 5 minit untuk sejukkannya

4.Masukan kentang dan bilis yang sudah digoreng... gaul sehingga sebati

5. Perah limau kasturi

Okay siap, sedia dimakan!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain