suria

Berkat jaga ibu sakit, pereka grafik menang kondominium bernilai RM602,800

Roslizam Ramlee gagal menahan sebak sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.

SERAMAI tujuh pemenang Kempen Majoriti Langgan dan Menang diumumkan pada Selasa.

Pereka grafik, Roslizam Ramlee, 44, mampu tersenyum lebar apabila dia dipilih sebagai pemenang hadiah utama berupa sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800.

Roslizam yang berasal dari Pasir Gudang, Johor ketika ditemui berkata dia tidak menyangka dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kempen berkenaan.

Pemenang bagi kempen Langgan dan Menang.

"Tak pernah air mata jantan saya keluar, ini adalah satu kemenangan yang sangat besar. Saya agak skeptikal mengenai sebarang pertandingan seperti ini.

"Sebenarnya saya tak mengharapkan hadiah ini, dan saya juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi hadiah utama.

"Mungkin ini adalah berkat doa seorang ibu. Sejak 10 tahun lalu saya berhenti kerja di Kuala Lumpur dan mengambil peranan menjaga ibu yang sakit di kampung," ujar Roslizam kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Majoriti tawar hadiah cecah RM5 juta menerusi Kempen Langgan dan Menang sempena ulang tahun kedua

Selain Roslizam, dua individu iaitu eksekutif swasta, Jeevarupini Gnanendran dan jurutera marin, Ahmad Syamil Ahmad Termizi menerima baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (AEON) bernilai RM25,000 setiap seorang.

Manakala hadiah kerusi urut Ogawa VPresto bernilai RM19,999 menjadi milik pegawai pemasaran, Lee Yin Seong dan pengarah syarikat, Karyn Ong.

Turut diumumkan sebagai pemenang yang membawa pulang pakej pelancongan untuk dua orang ke Taiwan bernilai RM10,000 ialah eksekutif teknologi maklumat, Amri Abd Aziz dan jururawat, Nooraini Mohd Nor.

Majoriti's Langgan dan Menang grand winners announcement. —YAP CHEE HONG/The Star

Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Chan Seng Fatt.

Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Bhd (SMG), Chan Seng Fatt berkata, beliau sangat berbesar hati untuk meraikan semua pemenang utama kempen berkenaan.

"Ketika melancarkan kempen ini pada Ogos 2023, matlamat kami adalah untuk mengubah amalan harian membaca menjadi sesuatu yang bermanfaat dan luar daripada kebiasaan.

"Hari ini ketika kami mengumumkan pemenang, saya dengan rasa bangga boleh menyatakan visi ini bukan sahaja berjaya dicapai tetapi juga berkembang dengan jayanya," katanya pada majlis yang diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain