suria

Fentanil tiada dalam pasaran tempatan, polis beri amaran bahaya dadah ‘zombie’

Datuk Khaw Kok Chin memberikan perkembangan terkini tentang dadah jenis Fentanil. -Foto The Star

NEGARA setakat ini masih belum merekodkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah jenis Fentanil.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin, pihak polis bersama agensi penguat kuasa lain akan memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan negara dalam mengekang kemasukan dadah dan bahan terlarang.

“Setakat ini, tidak terkesan dadah jenis Fentanil di Malaysia dan berdasarkan maklumat serta risikan daripada rakan sejawat di luar negara juga mendapati tidak ada kemasukan atau percubaan penyeludupan dadah jenis ini ke pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, dalam usaha mengekang kemasukan apa jua jenis dadah dan bahan terlarang, JSJN bersama agensi penguat kuasa lain akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Terdahulu polis Kelantan dilaporkan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengekang kemasukan Fentanil yang sangat berbahaya kerana mempunyai kesan 100 kali lebih kuat daripada morfin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata dadah berkenaan juga 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain