SEORANG lelaki dari Gambia menemui cintanya dengan seorang wanita dari Belgium yang berusia 68 tahun. Menerusi sebuah dokumentari yang disiarkan pada Selasa, Alka, 32, mengakui bertemu dengan wanita itu yang datang melancong ke negaranya sebelum mereka berkenalan lebih rapat. "Saya buat segalaya untuk dia. Tak susah nak jadi baik. "Di Gambia, kami tak kisah mengenai umur. Ia sekadar nombor," kata Alka. Ujarnya, dia tidak pernah meminta wang atau sebarang harta namun wanita itu cukup bermurah hati terhadapnya. Segala wang yang diperolehi digunakan Alka untuk membina kediaman idamannya. Pada penghujung dokumentari itu, Alka turut mendedahkan rakaman majlis perkahwinan mereka. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!