DEMI mencipta kelainan, seorang wanita sanggup melakukan perubahan ekstrim pada tubuh badannya dengan mencacah tatu, bertindik dan melakukan beberapa modifikasi lain. Paling mengejutkan, wanita bernama Carol Prado dari São Paulo, Brazil ini sanggup membelah lidahnya agar kelihatan bercabang! Carol mula bertindik ketika berusia 16 tahun, dan lima tahun kemudian dia mulai berjinak-jinak mencacah tatu. Menggelarkan dirinya sendiri sebagai 'wanita syaitan', Carol berkata: "Saya selalu suka tatu sejak masih kecil." "Bagi pengubahsuaian badan pula, itu adalah cinta pada pandangan pertama. "Pengubahsuaian badan yang paling menyakitkan adalah membelah lidah," katanya. Terbaharu, Carol melukis tatu pada bola matanya dengan dakwat merah, di mana sebelumnya dia memilih warna kuning. Sudah semestinya penampilan unik Carol mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai, tetapi dia enggan mengendahkannya. "Rakan dan keluarga saya menghormati penampilan ini, itu yang paling penting," ujarnya. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!