KEHILANGAN kapal selam KRI Nanggala 402 masih menjadi tanda tanya. Pelbagai usaha mencari dan menyelamat telah dilakukan untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut. Ketua tentera negara Indonesia mengesahkan penemuan serpihan yang dipercayai berasal dari kapal selam yang hilang di Laut Bali itu pada Rabu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Walau bagaimanapun, peluang untuk 53 anak kapal tersebut selamat adalah amat tipis kerana menurut pegawai, bekalan oksigen mereka dijangka habis pada awal pagi Sabtu. Ketua kakitangan angkatan laut Indonesia berkata, hasil pencarian telah mengesan kapal selam pada ketinggian 850 meter, jauh melebihi batas yang dapat bertahan iaitu 500 meter. Kapal selam itu hilang ketika bersiap untuk melakukan latihan torpedo.-The Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!