suria

Siput ‘rare’ jadi buruan, dilelong dengan harga RM1,000

Siput yang dikenali sebagai 'Australia Trumpet' ditemui di Sungai Godavari, Andhra Prades, India.

SEEKOR siput spesies yang jarang ditemui, dilelong dengan harga Rs18,000 (RM1,004).

Siput berwarna kekuningan itu ditemui di Sungai Godavari, Andhra Prades, India.

Siput tersebut yang kebiasaannya dikenali sebagai 'Australia Trumpet' menjadi viral di media sosial dan membuatkan netizen kagum dengan kecantikannya.

Spesies tersebut banyak dijumpai di bahagian utara Australia, timur Indonesia dan Papua New Guinea.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Panjangnya boleh mencapai sehingga 70 cm dan berat hingga 18 kilogram (kg).

Menurut Queensland Museum, siput tersebut menjadi buruan ramai untuk dijadikan perhiasan. - India.Com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

siput rare, jadi buruan, perhiasan

Artikel Lain