suria

Jam pintar selamatkan nyawa warga emas terjatuh... hantar mesej kecemasan kepada 911 secara automatik

Yager diselamatkan oleh Jabatan Bomba Summerfield selepas jam pintar yang dipakainya menghantar mesej kecemasan secara automatik.

SEORANG lelaki warga emas yang cdera akibat terjatuh bernasib baik kerana dia berjaya diselamatkan, gara-gara jam pintar yang dipakainya.

Mike Yager, 78, terjatuh seorang diri di jalan masuk ke rumahnya dan mengalami kecederaan sehingga membuatkannya pengsan.

Jam pintar yang dipakainya, yang dilengkapi dengan ciri pemantau kesihatan dan perkhidmatan kecemasan yang canggih, mengesan 'kejatuhan' dan secara automatik membuat panggilan ke talian 911 selepas dia tidak memberikan sebarang respon.

Lelaki itu kemudian diselamatkan oleh Jabatan Bomba Summerfield.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Perkara pertama yang saya tanyakan kepada (pegawai penyelamat) adalah, 'Bagaimana anda tahu dan sampai ke sini?' Dan dia berkata, 'Jam tangan anda menghantar pesanan kepada kami', katanya.

"(Apple Watch) agak mahal tetapi saya rasa sangat berbaloi jika anda berusia lebih dari 65 tahun," katanya. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

jam pintar, terjatuh, warga emas

Artikel Lain