suria

Kecoh tentera wanita pakai kasut tumit tinggi jalani latihan perbarisan

Foto yang menunggukan sekumpulan wanita berlatih untuk perbarisan ketenteraan. foto Getty/ Mirror UK

FOTO sekumpulan tentera wanita di Ukraine berlatih untuk perbarisan ketenteraan dengan memakai kasut tumit tinggi mencetuskan kemarahan.

Kementerian Pertahanan Ukraine dikritik selepas mengeluarkan gambar rasmi menunjukkan anggotanya memakai pakaian tentera kasut tumit tinggi hitam dan bukannya but tentera.

Mereka didakwa membuat 'sindiran' terhadap wanita menerusi gambar-gambar itu, yang dilabelkan sebagai tidak wajar.

Gambar-gambar berkenaan yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu, menunjukkan sekumpulan pelajar kolej tentera wanita bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbarisan.

Latihan tersebut sempena memperingati 30 tahun kemerdekaan negara itu bulan Ogos, selepas pembubaran Kesatuan Soviet.

Pada masa ini, seramai kira-kira 31,000 wanita berkhidmat dalam pasukan tentera Ukraine. - Metro UK

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain