suria

Gara-gara trending TikTok, polis minta peniaga tidak jual kacang bakar

POLIS terpaksa mengambil tindakan untuk membendung trend beaning yang dianggap sebagai tingkah laku pelik. — AGENSI

PIHAK polis di West Yorkshire, England menggesa supaya peruncit dan peniaga supaya tidak menjual kacang bakar dalam kuantiti yang banyak (baked beans) kepada golongan remaja.

Ia susulan kemunculan trend baharu aplikasi sosial TikTok yang tular dan dianggap pelik.

Artikel Berkaitan: 8/10 saja? Isteri jadi malu lepas tahu rating suaminya sebelum kahwin

Trend yang dikenali dengan beaning itu memperlihatkan perbuatan pengguna TikTok yang menuang makanan sarapan itu di depan pintu, jalan masuk rumah dan juga kereta.

Popular dengan hashtag #beanbandits, tindakan itu dianggap tidak bermoral menyebabkan pihak polis terpaksa mengambil tindakan untuk membendung tingkah laku pelik itu.

Berdasarkan satu kenyataan oleh pihak polis West Yorkshire, para pegawai telah diarahkan supaya menyampaikan maklumat tersebut kepada peniaga di daerah berkenaan.

"Trend tersebut telah mula menjadi ikutan golongan remaja di sini dan ia merupakan satu tindakan yang tidak wajar dilakukan.

"Golongan ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau tingkah laku anak-anak dan pastikan mereka tidak terjebak dengan trend berkenaan," katanya.

Perkara ini turut mendapat perhatian pihak polis selepas trend beaning menular di sebuah penempatan desa di Surrey bulan lalu.

Terdapat juga beberapa kejadian beaning yang berlaku di desa Wonersh

Sebuah gambar yang menunjukkan empat tin kosong dibuang berdekatan sebuah pintu rumah yang telah ditaburi dengan kacang bakar.

Makanan itu turut ditabur pada sebuah kereta berwarna kelabu dengan kuah yang menitis di tingkap pemandu. — Daily Record.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain